Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang mulai hari ini sehingga 31 Ogos dan pada 16 September.

“Mulai hari ini, sehingga 31 Ogos Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan 16 September Hari Malaysia, kibarkan bendera Malaysia – Jalur Gemilang,” kata beliau menerusi siaran video di Facebook.

Beliau berkata pengibaran Jalur Gemilang adalah perlu untuk menunjukkan kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu dengan cita-cita dan idealisme.

Seruan tersebut sempena sambutan ulangtahun hari kemerdekaan negara dan pembentukan Malaysia yang beliau sifat sebagai dua hari keramat negara kita.

Beliau berkata masyarakat wajar menunjukkan kesetiaan dan cinta pada negara dengan mematuhi oerlembaggan negara.