KUALA LUMPUR: Siasatan kes Zara Qairina Mahathir turut menyentuh aspek pengabaian dan gangguan seksual selain unsur buli.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata elemen berkenaan turut dimasukkan dalam laporan siasatan kes berkenaan dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).
“Pentadbir sekolah harus diingatkan jika ada insiden sebegini dibawa ke tengah, itu sebabnya siasatan kita menjurus kepada elemen buli yang sudah dilengkapkan siasatan.
“Ada juga elemen pengabaian kerana adik ini (Zara) ada membuat aduan kepada pihak sekolah, kita siasat di bawah elemen pengabaian.null
“Ada juga elemen gangguan seksual dan ini turut disiasat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.-BH Online