Kementerian Pengangkutan sedang mempertimbangkan rancangan memperkenalkan lebih banyak pengangkutan awam marin di kawasan yang melibatkan pulau dan tarikan pelancong seperti Pulau Pinang, Langkawi dan Johor.
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, rundingan sedang dijalankan dengan kerajaan Singapura berkenaan perkara ini untuk meningkatkan kesalinghubungan Johor dan Singapura.
“Meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan marin ialah sesuatu yang kita kaji untuk Sabah dan Sarawak juga.
“Terdapat banyak peluang pelaburan dalam bidang ini di Malaysia, perkara pokoknya ialah lebih banyak modal dan pelaburan untuk membangunkannya,” Loke berkata di majlis menandatangani perjanjian di antara Yinson, RRJ Capital dan Farosson.
Loke berharap sektor pengangkutan awam ini juga boleh dibangunkan ketika mana negara beralih kepada pengangkutan yang lebih mesra alam sekitar.
Yinson ialah salah satu syarikat yang menghasilkan kenderaan elektrik seperti bas dan motorsikal dan dalam proses menghasilkan bas elektrik awam.
“Kita berharap lebih banyak syarikat dan entiti akan turut sama menghasilkan pengangkutan mesra alam sekitar seperti feri,” kata Loke.