Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan ke Washington pada 18 Jun ini bagi berunding mengenai tarif Amerika Syarikat (AS).

Tengku Zafrul sebelum ini mengadakan rundingan bersama Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer di Washington pada April lalu.

Malaysia berdepan tarif 24 peratus ke atas barangan dieksport ke AS melainkan perjanjian dicapai sebelum moratorium berakhir pada Julai ini.-BH Online