Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA, 8 Mei – Sebanyak 20 cerun berbahaya dikenal pasti oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) yang memerlukan penyelenggaraan segera di sepanjang Lebuh Raya Timur Barat dan beberapa lokasi lain di seluruh negara.

Kos keseluruhan bagi kerja-kerja penyelenggaraan itu dianggarkan mencecah RM36 juta.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa berusaha memastikan tiada kemalangan jiwa berlaku di kawasan yang berisiko tinggi.

“Untuk memastikan cerun itu tidak akan memberi kesan buruk kepada nyawa dan harta benda, kita akan selasaikan masalah itu.”

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Simposium Cerun Negara 2025 yang berkonsepkan perkongsian ilmu anjuran bersama JKR Malaysia dan Universiti Teknololgi Malaysia, di Putrajaya.

Datuk Seri Alexander turut melancarkan Pelan Induk Cerun Negara (PICN) : Pelan Tindakan 2025-2030.

Pelan itu dirangka bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dan tadbir urus dalam 
pengurusan risiko bencana, terutama melibatkan kejadian tanah runtuh.

Menurutnya, pembangunan pelan berkenaan selari dengan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Ia merupakan langkah strategik ke arah membentuk Malaysia sebagai negara yang lebih 
selamat dan berdaya tahan dalam menghadapi ancaman bencana.-Berita RTM