Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan bersenjata terhadap pelancong di Kashmir, India yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang maut. 

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, memantau teliti perkembangan susulan insiden serangan di Pahalgam, Kashmir, iaitu destinasi pelancongan popular global di India.

Kementerian memaklumkan wilayah terbabit turut dikenali sebagai kawasan yang sering dikunjungi oleh pelancong Malaysia. 

“Berdasarkan laporan terkini yang diterima daripada pihak berkuasa tempatan, tiada warga Malaysia yang terjejas dalam insiden berkenaan. Namun begitu, situasi semasa terus dipantau dengan teliti.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, dilapor mengecam ‘tindakan kejam’ itu yang berlaku di pusat peranginan musim panas Pahalgam, sambil berikrar bahawa penyerang ‘akan dibawa ke muka pengadilan’.

Dalam pada itu, Wisma Putra berkata pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan (India) bagi memantau situasi dan memastikan keselamatan semua warga Malaysia di rantau itu. 

Kementerian turut menasihatkan agar warganegara Malaysia yang berada di Kashmir sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, serta mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. 

Kementerian Luar akan terus menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa. 

Kementerian turut menasihatkan agar semua rancangan perjalanan yang tidak penting ke wilayah terbabit ditangguhkan buat sementara waktu.-BH Online