Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BANGKOK: Malaysia sekali lagi menegaskan komitmennya dalam memajukan pembangunan bandar mampan menerusi dasar dan inisiatif yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya SDG 11 yang menjamin bandar dan penempatan manusia yang inklusif, selamat, berdaya tahan dan lestari.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menekankan kemajuan ketara Malaysia di bawah dasar “Perumahan untuk Semua”.

Katanya, dalam tempoh tiga tahun yang lalu, sebanyak 466,421 unit rumah mampu milik sudah siap dibina, iaitu 93.3 peratus daripada sasaran 500,000 unit yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (sejak 2021), sekali gus meningkatkan kadar pemilikan rumah negara kepada 77 peratus.

“Kualiti hidup bandar kekal menjadi keutamaan. Malaysia komited untuk membina 1,000 taman rekreasi MADANI dan menanam 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun menerusi Program Penghijauan Malaysia, melepasi sasaran awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan negara semasa Sesi ke-81 Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik (CS81) di Pusat Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini, hari ini.

CS81 yang bermula hari ini dan berlangsung sehingga 25 April, menghimpunkan para menteri dari seluruh Asia dan Pasifik bersama pihak berkepentingan utama yang lain untuk bertukar pandangan mengenai isu dasar semasa dan baharu ke arah pembangunan inklusif dan mampan di rantau ini.

Nga turut menekankan peranan Semakan Tempatan Sukarela (VLR) dalam memperkukuh struktur tadbir urus.

“Ketika ini, 53 peratus pihak berkuasa tempatan di seluruh negara sedang giat bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menyelaraskan keutamaan mereka dengan agenda pembangunan mampan negara,” katanya.

Terdahulu, Nga mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Thailand, yang turut disertai Penasihat Hal Ehwal Pelbagai Hala Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr Neil Khor Jin Keong, serta Ketua Pegawai Eksekutif URBANICE Malaysia, Norliza Hashim.

Beliau turut menyatakan bahawa kepimpinan Malaysia di rantau ini terserlah menerusi pelancaran Pelan Hala Tuju Nasional SDG 11, yang pertama seumpamanya di Asia-Pasifik.

“Kami meningkatkan inisiatif ini menerusi kerjasama dengan Filipina dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia dan Pasifik (ESCAP),” katanya.

Nga menjelaskan kerjasama itu turut melibatkan pengenalan kepada Platform Agenda Bandar Asia-Pasifik dengan kerjasama UN-Habitat, bagi mempromosikan perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam pelaksanaan Agenda Bandar Baharu dan SDG 11.

“Sebagai Pengerusi Bersama Asia-Pacific Localisation Partnership for Sustainable Cities (APLP-CITIES),Malaysia secara aktif memajukan Seruan Tindakan Kaherah yang diterima pakai pada Forum Bandar Sedunia ke-12,” katanya sambil menambah pemerkasaan komuniti dan memupuk kerjasama strategik kekal menjadi kunci dalam merealisasikan aspirasi.

“Kami juga teruja untuk memulakan landasan kerjasama baharu, termasuk National Cool Cities Action Plan dan Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi bagi tindakan iklim bandar.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=3899972605&pi=t.aa~a.1654364369~i.30~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1745232331&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F04%2F1387343%2Fmalaysia-sahkan-komitmen-terhadap-pembangunan-bandar-mapan&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1745232333463&bpp=1&bdt=1629&idt=0&shv=r20250417&mjsv=m202504150101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Da91154cbfe574c53%3AT%3D1745218678%3ART%3D1745218678%3AS%3DALNI_MYDiDhYcYdtJCw-GsZjYDvaKswmyQ&gpic=UID%3D000010a82ad80863%3AT%3D1745218678%3ART%3D1745218678%3AS%3DALNI_Mb–cXAGW7_EabQSjH17_4O1t9Mgw&eo_id_str=ID%3De66b1cc35721ea67%3AT%3D1745218678%3ART%3D1745218678%3AS%3DAA-AfjYcvMncDvNfw7AtU6leoyah&prev_fmts=0x0%2C430x358&nras=3&correlator=6771957050319&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3006&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95357427%2C95331833%2C95354564%2C31091819%2C95357878%2C95357716&oid=2&pvsid=3669588987679397&tmod=908938146&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=15&uci=a!f&btvi=2&fsb=1&dtd=5

“Usaha ini dibangunkan bersama ESCAP untuk membawa wacana iklim ke bandar, pekan dan wilayah,” katanya.

Mengenai peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, Nga memberi jaminan bahawa negara akan terus komited untuk mempromosikan perbandaran mampan di seluruh rantau ini.

“Malaysia akan melibatkan semua negara anggota ASEAN dan ESCAP dalam Forum Pembandaran Lestari ASEAN (ASUF) bagi memacu kemajuan yang bermakna,” katanya.– BERNAMA