Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SEREMBAN, 28 Mac- Program Mantai Rayo 2025 di kawasan DUN Sikamat berlangsung meriah dan mendapat sambutan positif daripada pengunjung.

Program tersebut menawarkan jualan daging serta barangan keperluan Aidilfitri pada harga lebih rendah berbanding pasaran, sekali gus meringankan beban rakyat dalam membuat persiapan perayaan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun, buat pertama kali program berkenaan dilaksanakan serentak di semua 36 DUN di seluruh negeri, dan berjalan lancar.

“Program ini dijalankan selama tiga hari, bergantung kepada kawasan DUN. Ada DUN tertentu yang melaksanakan di dua lokasi, seperti di Lukut dan Paroi,” katanya.

Orang ramai yang hadir meluahkan rasa syukur atas inisiatif kerajaan negeri dalam memastikan barangan keperluan perayaan dapat dibeli pada harga berpatutan.-Berita RTM