Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KLUANG: Tujuh sekolah di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pasir Gudang ditutup hari ini, akibat terjejas banjir.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata 47 sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang dan Pasir Gudang.

Katanya, seramai 886 murid dilaporkan berada di PPS di Johor setakat ini.

“Sekolah yang dinaiki air dan ditutup masing-masing tiga di Johor Bahru dan Kota Tinggi serta sebuah di Pasir Gudang.

“Daerah Pontian paling banyak sekolah dijadikan PPS iaitu 13 buah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kencana Simpang Renggam di sini, hari ini.

Semalam, Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin, dilaporkan berkata, sesi pembelajaran di 20 sekolah di negeri itu terjejas akibat banjir.-BH Online