Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM10 juta dari Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor menjelang petang esok.

Ini adalah susulan kepada tindakan Sanusi menuduh Amirudin terlibat dalam skandal bersama pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang – Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Berikut adalah tuntutan penuh yang telah disenaraikan oleh Amirudin di dalam kenyataan media beliau:
i) Menarik balik dan minta maaf kenyataan fitnah beliau
ii) Menjamin bahawa fitnah itu tidak diulang
iii) Membayar ganti rugi RM10 juta atas tindakan memfitnah dan mengeluarkan berita palsu yang menjejaskan institusi Dato’ Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor.

Amirudin berkata tindakan mahkamah akan dimulakan sekiranya Sanusi gagal memenuhi tuntutannya.

Kumpulan Berjaya telah pun memfailkan saman mereka terhadap Sanusi.