Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangguhkan siasatan mereka ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam kes kecurian unsur nadir bumi (REE) kerana sedang menyiasat maklumat baharu.

“Ada yang mempersoalkan kenapa SPRM masih tidak memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu REE ini.

“Pada masa ini, SPRM masih menangguhkan tindakan memanggil Sanusi bagi mengambil keterangan percakapan kerana maklumat baharu yang diperoleh.

“Kita akan melihat dan meneliti sepenuhnya keterangan atau maklumat baharu ini, sebelum tindakan selanjutnya dijalankan,” kata ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Skandal REE membabitkan pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Kedah ialah satu isu yang dibongkar oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di dalam pilihan raya negeri Kedah.