Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam memperbanyakkan amal soleh bersempena Ramadan ini.

Beliau juga menyeru agar nilai kasih sayang sesama insan diperkukuh dan ukhuwah dipererat dalam usaha membina masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera.

“Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita kembali dipertemukan dengan bulan Ramadan yang penuh rahmat dan keberkatan.

“Insya-Allah umat Islam di seluruh Malaysia akan memulakan ibadah berpuasa pada 1 Ramadan 1446H bersamaan dengan 2 Mac 2025.

“Saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak serta mendoakan agar kita semua dikurniakan keberkatan dan keampunan sepanjang bulan yang mulia ini,” katanya menerusi Facebook.-Berita RTM