Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUCHING: Kerajaan sedang meneliti langkah sesuai untuk membantu tiga anak pembantu kedai makan yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kangar, Jumaat lalu atas kesalahan meninggalkan bayi perempuan baharu dilahirkan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia perlu bagi mengenal pasti tempat sesuai untuk menempatkan tiga kanak-kanak itu ketika ibu mereka menjalani hukuman.

Katanya, walaupun difahamkan ketika ini semua kanak-kanak itu sedang dalam jagaan bapa mereka, pihaknya perlu meneliti sama ada ia mampu menjaganya berikutan dia juga perlu bekerja.

“Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah berjumpa dengan suami wanita itu untuk mendapatkan maklumat lanjut apa yang boleh dibantu.

Katanya, walaupun difahamkan ketika ini semua kanak-kanak itu sedang dalam jagaan bapa mereka, pihaknya perlu meneliti sama ada ia mampu menjaganya berikutan dia juga perlu bekerja.

“Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah berjumpa dengan suami wanita itu untuk mendapatkan maklumat lanjut apa yang boleh dibantu.

Dalam pada itu, beliau berkata Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) mendapat sambutan baik masyarakat khususnya mereka yang mengalami masalah kesihatan mental akibat tekanan.

Katanya, sehingga kini lebih 3,000 individu termasuk pelajar sekolah di seluruh negara membuat aduan di situ apabila mengalami tekanan disebabkan masalah keluarga, pembelajaran atau persekitaran yang boleh mengganggu dalam jangka masa panjang.

“Malah apabila kita buka PSSS bergerak di hospital, ramai doktor serta jururawat berjumpa dengan kaunselor kami untuk mengadu masalah tekanan mental yang mereka hadapi,” katanya.

Mengenai program ‘Sumbangan Back To School’ anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Nancy berkata, seramai 800 pelajar disasarkan menerima sumbangan itu di Sarawak.

“Setakat ini, seramai 680 pelajar sudah menerima sumbangan itu iaitu 460 orang pada majlis hari ini dan 220 lagi pada majlis di Lundu semalam.

“Program sama turut diadakan di Semenanjung dan di sana banyak penaja turut serta menyumbang untuk meringankan beban keluarga menjelang persekolahan bermula,” katanya.-BH Online