Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyeru rakyat Malaysia untuk terus memelihara warisan, meraikan kepelbagaian budaya dan mengukuhkan tali persaudaraan dalam semangat Malaysia MADANI.

Menerusi hantaran di Facebook sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, beliau berharap sambutan itu dapat mempererat semangat kekeluargaan, perpaduan, membawa kegembiraan, keberkatan dan rasa syukur dalam kalangan rakyat.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Gayu Guru Gerai Nyamai. Selamat Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang meraikannya,” katanya.

Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazan-Dusun, Murut dan Rungus di Sabah hari ini dan esok, manakala Hari Gawai pula disambut pada 1 dan 2 Jun oleh masyarakat Dayak di Sarawak.

Kedua-dua perayaan itu sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.– BERNAMA