KUALA LUMPUR: Anggota Kabinet diarah mengambil pendekatan terbuka dalam usaha mengadakan perbincangan membabitkan isu berkaitan digital, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, mereka juga perlu keluar daripada kepompong pemikiran lama, biarpun belum ada sebarang keputusan berkaitan pendigitalan dimuktamadkan setakat ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet antara lain perlu mencari jalan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dengan mengambil kira apa-apa faktor tanpa bersyarat.-BH Online