Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin telah dicabar mendedahkan lokasi menantunya Muhammad Adlan Berhan, 48, yang sedang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan kes penyelewengan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

“Tan Sri Muhyiddin kena jawab isu ini… beliau kena jawab dan saya cabar Tan Sri bantu SPRM cari menantunya untuk bantu siasatan,” kata pengarah komunikasi Pakatan Harapan Fahmi Fadzil ketika Ceramah Arus Merah Kuning sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Meru dekat sini malam ini.

SPRM telah mendapati Adlan dan Mansoor Saat, seorang peguam, meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lepas.

Dalam pada itu Fahmi turut memberitahu hadirin bahawa pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat akan membantu lebih banyak masalah rakyat diselesaikan.

“Dalam konteks telekomunikasi misalnya, jika ada masalah, saya boleh terus bertindak mengatasinya dengan kerjasama pemain industri… landasan yang sama ini pastinya akan memberi lebih manfaat kepada rakyat,” katanya.