Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Hubungan Gerakan – PAS masih belum pulih meskipun setiausaha agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah membuat permohonan maaf secara rasmi kepada parti komponen Perikatan Nasional.

Terbaru, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff mencadangkan agar presiden Gerakan yang juga calon DUN Bayan Lepas menggunakan jentera parti sendiri untuk berkempen.

“Sekarang masing-masing ber­tanding kena bawa jentera ma­sing-masing, jadi Dominic (Lau) kena bawa jentera dia.

“Kita pun tidak cukup (jentera), malah jentera kita sebenar­nya ada kawasan yang kena bantu juga, jadi siapa yang bertanding dia kena ketuai jentera di situ dan bawa jentera masing-masing,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia di George Town.

Bayan Lepas merupakan salah satu kerusi majoriti Melayu yang selama ini ditandingi oleh PAS tetapi telah diberi kepada Gerakan dalam pilihan raya negeri ini.

Kenyataan PAS Pulau Pinang juga bercanggah dengan kenyataan PAS Pusat yang mengarahkan agar menghentikan protes dan membantu Lau.

Semalam PAS Pulau Pinang mengumumkan untuk akur kepada arahan tersebut.

Fauzi turut mencadangkan hubungan PAS – Gerakan dipulihkan dengan pertemuan dengan pertemuan ahli parti dan masyarakat setempat.

Umum mengetahui bahawa jentera pilihanraya PAS lebih tersusun berbanding dengan Gerakan yang tidak mempunyai pengaruh yang luas di Bayan Lepas