Gelombang untuk membuat perubahan bergerak kencang di Kedah apabila sambutan orang ramai terhadap majlis-majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dibanjiri orang ramai.
Tiga program Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kedah malam tadi penuh sesak dengan orang ramai.
Kemuncaknya di Kupang, Baling malam tadi apabila Anwar menyertai Jelajah Madani Kedah bersama pemimpin utama PH dan BN.