Syahredzan Johan (PH-Bangi) menyaman calon Perikatan Nasional – PAS Shafie Ngah DUN Sungai Ramal kerana fitnah yang berulang.
“Pada 27 Julai 2023, peguam saya telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Shafie Ngah.
“Melalui tindakan saman fitnah ini, saya telah, antara lain, menuntut gantirugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf dan perintah untuk menghalang Shafie Ngah daripada terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memfitnah saya tersebut.
“Writ saman dan pernyataan tuntutan ini akan diserahkan kepada Shafie Ngah oleh peguam saya.
“Saya juga telah memohon suatu injunksi interim bagi menghalang Shafie Ngah daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan lain yang berunsur fitnah terhadap saya sementara menunggu perbicaraan tindakan saman tersebut.
“Permohonan saya ini akan didengar kelak.
“Saya sudah memberi amaran sebelum ini kepada mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memfitnah saya bahawa saya tidak akan teragak-agak untuk menegakkan hak saya.”
Shafie membuat kenyataan fitnah pada bulan Oktober 2022 dan Julai 2023 terhadap Syahredzan di dua majlis yang disiarkan di media sosial dan mendapat liputan media.
Antara lain, Shafie mendakwa Syahredzan “pengkhianat” Melayu dan Islam kerana menjadi ahli parlimen DAP.