Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengakui pernah mengajak Barisan Nasional (BN) menyertai Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau turut menyifatkan tindakan itu bukan lagi rahsia memandangkan ia pernah beberapa kali dibangkitkan secara umum dalam siri pertemuan di Dewan Rakyat, sebelum ini.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bagaimanapun menafikan pernah mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan perkara berkenaan.-BH Online