Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini menyoal ketiadaan ketelusan dalam pentadbiran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam isu kecurian elemen nadir bumi (REE).

Pada 19 Feb 2023 beliau sudah pun melawat lombong haram di Bukit Enggeng, Sik. Beliau telah saksikan sendiri kecurian, kemusnahan kawasan dan aktiviti carigali intensif tetapi langsung tiada tindakan dari pihaknya.

Malah beliau terus menafikan mempunyai maklumat berkenaan perkara ini. Ini menimbulkan kebimbangan berkenaan ketelusan.

Saifuddin turut mendedahkan keterlibatan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah dan ketiadaan siasatan meskipun aktiviti yang berlaku bertentangan dengan Enakmen Mineral Kedah.

“Dalam struktur MBI, salah seorang ahli panel dan ahli sumber mineral ialah Pengarah PTG. Tiada kertas siasatan dibuka. Ini melampaui kebimbangan alam sekitar.

“Bahagian 11 Enakmen Mineral Kedah PTG sepatutnya dibangkitkan

Beliau turut mendedahkan penglibatan warga China, So Loi Fat di dalam Syarikat Prospek Suria Kedah Sdn Bhd yang tersenarai sebagai seorang pengarah syarikat tersebut.

Seorang lagi pengarah ialah Sobri Othman. Sobri juga Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah.

“Mana mungkin ketua eksekutif MBI tubuhkan syarikat tanpa memberitahu autoriti yang lebih tinggi?” soal Saifuddin.

“Sanusi tahu semua operasi ini,” tambahnya.

Saifuddin turut mengingatkan pas sosial So ditukarkan kepada pas ikhtisas susulan permohonan dari Sanusi