Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sarawak merancang untuk melaksanakan pembagunan infrastruktur bernilai RM100 billion bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dana pelaburan itu diperoleh menerusi kerjasama kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, GLC.

Jelasnya infrastruktur strategik tersebut merangkumi lapangan terbang antarabangsa baharu, pelabuhan laut dalam dan jalan persisir.

Pada masa yang sama mewujudkan industri produk-produk dan tenaga berteraskan hijau.

“Kita mahu melabur dalam infrastruktur lain yang akan memberi sokongan kepada infrastruktur yang telah kita capai, jalan persisir kita adalah kira-kira RM12 bilion pada mulanya tidak termasuk sektor swasta,” katanya.

Tan Sri Abang Johari berkata demikian di ucapanya dalam Laporan Tahunan Pembagunan Pasca COVID-19 2030, PCDS 2030 di Wisma Bapa Malaysia di Kuching.

Laporan berkenaan memaparkan pencapaian Sarawak dalam enam bidang ekonomi utama dan tujuh pemboleh, menandakan langkah penting ke arah masa depan yang lebih mampan, inklusif dan makmur.

Ini termasuk sektor pembuatan, pelancongan, perhutanan, infrastruktur, utiliti dan tenaga boleh diperbaharui.-Berita RTM