Pengerusi Pakatan Harapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencabar pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin untuk membuktikan bahawa beliau tidak memperkayakan anak dan menantunya ketika pentadbiran 33 bulan Mahiaddin.
“Dia (Muhyiddin) sakau sana sini… dia boleh maki saya berbakul-bakul. Tetapi dia tak boleh tegur atau kecam saya (atas alasan) saya guna kuasa untuk sakau duit negara in
“Saya nak tanya Muhyiddin, dok cakap banyak sangat… boleh tak, kamu sebut ‘tak buat apa-apa’? Kayakan kontrak anak kamu dan menantu kamu… (tetapi) kamu cakap bersih,” ujarnya dalam ceramah Jelajah Perpaduan di Semenyih semalam.
Anwar turut menepis sangkaan bahawa Mahiaddin mempunyai rekod yang bersih.
“… ada orang pula (cakap), ‘ya betul Tan Sri bersih’. Saya sekarang tak macam dulu, saya tak tengok fail.
“Sekarang, saya tengok fail (sebagai Menteri Kewangan),” jelas beliau.