Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kewujudan ketegangan di antara parti pimpinannya dengan parti komponen BN, MIC.

“Perkara tersebut tidak berbangkit. Sebenarnya wakil MIC dan MCA hadir di mesyuarat ‘war room’ BN dalam mendepani pilihan raya negeri (PRN).

“Mereka turut menggerakkan jentera parti untuk membantu calon kita yang bertanding di dalam pilihan raya di enam negeri,” kata beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri kepada media setelah menghadiri sesi “Sembang Santai” bersama calon BN Bagan Pinang dan Linggi.

Zahid berkata demikian ketika mengulas berkenaan perjumpaan Perdana Menteri Dato’Seri Anwar Ibrahim dengan para pemimpin MIC besok.

Semasa sesi ceramah di Rompin semalam, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan mengesahkan perjumpaan tersebut ekoran dari dakwaan bahawa UMNO tidak berunding untuk parti – parti komponen dalam persediaan ke arah PRN.

Zahid turut menyifatkan perjumpaan Anwar dengan MIC adalah suatu usaha ke arah merapatkan hubungan di antara Anwar dengan parti tersebut.