Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 20 Oktober– Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) komited memperkasa peranan wanita dan menyediakan intervensi awal untuk golongan autisme menerusi Belanjawan 2025.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata tumpuan khusus diberikan kepada Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam ekonomi, masyarakat dan politik.

Jelasnya, program PERANTIS akan dipergiat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Institut Sosial Malaysia (ISM).

Kita juga nak membantu wanita supaya mereka memupukkan keyakinan diri terutamanya sekali badan bukan kerajaan (NGO). Kita nak menambahkan lagi penglibatan dalam aktiviti NGO.

Kita juga lihat daripada segi kerjaya dan kita akan melaksanakan latihan bersesuaian,” kata Nancy kepada pemberita pada Majlis Kesedaran Kanser Payudara “Body Perfect’s the Power of Pink 2024, hari ini.

Sementara itu, peruntukan sebanyak RM23 juta untuk autisme diberi tumpuan, dengan penekanan kepada intervensi awal bagi kanak-kanak autisme.

Ujarnya, usaha itu akan membantu mereka menjadi lebih produktif dan menyumbang kepada pembangunan negara.-Berita RTM