Tindakan PAS mengaitkan Raja-Raja Melayu demi kepentingan politik telah dikecam oleh pengerusi Pakatan Harapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Tetapi, sebaik kamu sentuh raja-raja, memang kamu cari penyakit dan malapetaka,” katanya ketika berucap dalam jelajah perpaduan bersama perdana menteri peringkat DUN Kuala Pilah malam tadi.
“Jangan main pasal. Kamu boleh maki hamun perdana menteri hari-hari… sepuas hati kamu.
“Tapi itu hak kamu. Saya tak ambil tindakan melainkan kalau fitnah itu terlalu berat,” katanya.
Semalam Dewan Negara Perak mendedahkan bahawa Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak telah membuat laporan polis pada 29 Julai 2023 ekoran dari penularan sebahagian kecil titah Sultan Nazrin.
Baginda telah bertitah di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2013.