Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III, di Istana Negara.

Hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, panggilan itu tertumpu kepada perbincangan mengenai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-17 yang dijadual berlangsung di Apia, Samoa, dari 21 hingga 26 Oktober ini.

Raja Charles turut menyampaikan ucapan salam mesra buat seluruh rakyat Malaysia menerusi panggilan itu.null

The Commonwealth menerusi laman web https://thecommonwealth.org memaklumkan tema CHOGM kali ini ‘One Resilient Common Future: Transforming our Common Wealth’.

Ia akan membincangkan bagaimana 56 negara anggota perkumpulan itu perlu memanfaatkan kekuatan dengan membina daya tahan, potensi, memanfaatkan ‘Kelebihan Komanwel’ dan memupuk Komanwel yang digital dan saling berhubung. – BERNAMA