Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KOTA BHARU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bimbang mengenai isu tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia namun yakin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mampu menyelesaikannya dengan baik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, pada masa sama kementeriannya akan tetap memberikan sokongan terhadap pembangunan sukan bola sepak tempatan.

“Dari semasa ke semasa memang kita buat perbincangan dengan FAM. Kita sentiasa berkomunikasi dan mengambil tahu sedikit sebanyak berkenaan permasalahan yang berlaku dalam arena bola sepak negara.

“Kita juga bimbang tapi serahkan kepada FAM untuk selesaikan dan dalam masa yang sama kerajaan akan tetap memberikan sokongan terhadap pembangunan sukan bola sepak tempatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah tunggakan gaji dihadapi beberapa pasukan beraksi dalam saingan Liga M musim 2024-25.-BH Online