Kerajaan akan membawa pulang semua pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh susulan ketegangan yang semakin memuncak di negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi, sudah memberi ‘lampu hijau’ supaya pelan evakuasi digerakkan segera.null
“Seperti mana kita tahu situasi keselamatan di sana tidak berapa baik dan penilaian kita buat ketika ini dan kita men capai kata putus bahawa pelan evakuasi perlu digerakkan.
“Kita akan bawa balik pelajar kita di Bangladesh dan juga warga Malaysia yang kerja di sana serta kaum keluarga petugas di kedutaan kita,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.-BH Online