Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia mengambil tindakan terhadap pemilik akaun media sosial yang membuat hantaran bersifat serangan peribadi terhadap pemain bola sepak kebangsaan dan individu tertentu mempunyai kaitan dengan sukan berkenaan jika menerima aduan mengenainya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata setakat ini MCMC belum menerima sebarang laporan atau aduan berkaitan perkara itu.

“Secara umum MCMC akan mengambil tindakan berdasarkan aduan yang diterima secara rasmi, apabila ada pihak membuat aduan sama ada melalui nombor talian di aplikasi WhatsApp, Aduan MCMC atau di laman web MCMC.

“Namun, setakat ini saya tidak menerima laporan daripada MCMC sama ada terdapat pihak membuat aduan terhadap laman web berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.-BH Online