Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Dua bekas menteri besar Terengganu merupakan antara 26 calon Barisan Nasional yang akan bertanding di dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos.

Datuk Seri Dr Ahmad Said yang juga Pengerusi UMNO negeri akan bertanding mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal manakala Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus akan mempertahankan DUN Seberang Takir.

Ahmad Said menjadi Menteri Besar dari tahun 2008 hingga 2013 manakala Ahmad Razif memegang tampuk kerajaan sejak tahun 2013 hingga 2018.

Kesemua 26 calon BN Terengganu dan calon lima negeri lain akan diumumkan malam ini oleh presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini.

Amanah akan bertanding di DUN Batu Burok, Tepoh dan Rhu Rendang manakala PKR mencuba nasib di Wakaf Mempelam, Manir dan Sura.