Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata selain penjawat awam negeri dan ketua kampung, bantuan itu akan diberikan termasuk kepada guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) serta pekerja sambilan harian.

“Buat julung kalinya juga, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri,” katanya ketika berucap kira-kira 800 hadirin sempena Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar bersama penjawat awam negeri Perak di Laman Seri Ridzuan, di sini malam ini.

Saarani berkata, BKK Raya itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima.

Difahamkan, bantuan atau bonus yang diberikan itu akan dibayar sebelum Aidilfitri tiba.

Sebagai rekod, tahun lalu kerajaan Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri RM700 kepada seluruh penjawat awam negeri itu selain RM500 kepada semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).-BH Online