Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bersantap bersama-sama keluarga dan cucunda bersempena sambutan Aidiladha di Istana Bukit Serene, di sini hari ini. 

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berangkat sama ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta paduka anakanda.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim serta Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami Datuk Dennis Muhammad Abdullah bersama paduka anakanda.-BH Online