Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Usaha diplomasi masyarakat antarabangsa diharap dapat meredakan ketegangan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat sarjana, penulis dan pakar hubungan antarabangsa terkenal dalam bidang politik Asia Barat serta pengajian Islam, Seyyed Vali Reza Nasr.

“Kami memanfaatkan ruang pertemuan ini untuk bertukar pandangan berhubung perkembangan konflik AS-Iran, termasuk implikasinya terhadap kestabilan geopolitik dunia, keselamatan serantau serta krisis bekalan tenaga global yang sedang dihadapi ketika ini.

“Moga segala ikhtiar dan usaha diplomasi yang digerakkan masyarakat antarabangsa dapat membantu meredakan ketegangan, seterusnya menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.-BH Online