Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan beliau akan menjawab isu berkaitan penjenaman semula Tabung Haji (TH) di Parlimen, Isnin ini.

Katanya, beliau ambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary ketika perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

“TH juga akan mengeluarkan kenyataan hari ini bagi memberi pencerahan ke atas isu terbabit,” katanya melalui kenyataan ditulis di Facebooknya hari ini.

Khamis lalu, ketika perbahasan RMK13, Ahmad Marzuk antara lain mahukan pencerahan berhubung kos penjenamaan semula TH yang dikatakan bernilai RM20 juta dengan tiga firma bukan Islam terbabit dalam projek itu.-BH Online