KUALA LUMPUR: Sejumlah RM11.3 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan telah diluluskan di bawah pimpinan kerajaan MADANI, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, jumlah itu melibatkan 11 pengilang dan telah memulakan operasi di seluruh negara.
“Ini baru sebahagian daripada syarikat yang sudah memulakan operasi. Kalau dicampur dengan kilang yang sedang dibina, lagilah banyak,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman sosial beliau.
Antara pengilang yang telah memulakan operasi termasuklah INV New Material Technology (M) Sdn Bhd di Pulau Pinang sebanyak RM3.2 bilion, Alliance Contract Manufacturing Sdn Bhd di Pulau Pinang dan Kedah (RM1.5 bilion).
Selain itu, katanya Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd di Selangor (RM1.4 bilion), Dominant Opto Technologies Sdn Bhd di Melaka (RM1 bilion) dan Cosmx Technology Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang (RM921 juta).-BERNAMA