Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SEPANG: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan beberapa penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibatalkanberikutan tindakan negara Teluk menutup ruang udara susulan serangan Iran ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Qatar.

“Memang ada beberapa penerbangan yang terjejas dan saya dimaklumkan satu penerbangan Batik Air ke Dubai terpaksa berpatah balik apabila tiba di kawasan Lautan Hindi disebabkan penutupan ruang udara.

“Syarikat penerbangan yang terlibat perlu melaksanakan langkah-langkah mitigasi seperti menyediakan tempat penginapan dan sebagainya kepada pelanggan, sementara menunggu ruang udara dibuka semula untuk penerbangan,” katanya pada sidang media penganjuran Pameran dan Persidangan Transport Expo Asia (TXA) 2025, di sini hari ini.

Loke berkata, bukan hanya penerbangan dalam negara terjejas akibat penutupan ruang udara yang tiba-tiba, bahkan syarikat luar turut menerima tempias, selain notis kepada Anak Kapal Udara (NOTAM) juga sudah dikeluarkan.

“Pendirian kita adalah syarikat penerbangan perlu mengambil langkah berwaspada sekiranya terdapat sebarang risiko. Sekiranya ruang udara ditutup, memang tidak boleh lakukan penerbangan ke kawasan berkenaan dan perlu ambil tindakan berpatah balik atau batal penerbangan, “katanya.

Terdahulu media melaporkan, sekurang-kurangnya 61 jemaah umrah terkandas lebih empat jam di KLIA selepas penerbangan ke Jeddah dibatalkan pada saat akhir.-BH Online