Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTATAN: Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM1.11 bilion bagi pembangunan luar bandar di Sabah, tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia meliputi pelaksanaan projek prasarana sosial termasuk pembinaan jalan luar bandar, bekalan elektrik dan sistem bekalan air bagi meningkatkan akses, keselesaan hidup serta kemampanan rakyat di kawasan terbabit.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah berkata, masih wujud jurang ketara yang perlu ditangani, terutama dari sudut infrastruktur asas, akses ekonomi, pendidikan serta digitalisasi luar bandar.

Justeru, katanya, KKDW terus komited melaksanakan program berimpak tinggi yang menyeluruh, termasuk di Sabah, demi merapatkan jurang berkenaan.

“KKDW tidak pernah ketinggalan menyantuni rakyat Sabah. Ini semua kita lakukan untuk rakyat Sabah, antaranya bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang tidak pernah berkesudahan di Sabah.

“Ia juga akan membantu Sabah menyelesaikan masalah bekalan elektrik di luar bandar yang sering putus. Elektrik di bandar tiada masalah besar. Jadi di luar bandar, bekalan elektrik juga mesti baik seperti di bandar.

“Begitu juga prasarana luar bandar seperti jalan-jalan perlu dinaik taraf dan diperbaiki,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Sentuhan Kasih Desa MADANI Bersama Pimpinan, di sini, malam ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Komuniti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, dan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man.null

Seterusnya bagi memartabatkan setiap anak desa sejak kecil dan memastikan tiada sesiapa terpinggir, Ahmad Zahid berkata, KKDW melaksanakan tiga inisiatif pendidikan awal berimpak tinggi yang kini dalam fasa perintis.

Katanya, inisiatif Smart Classroom@KEMAS memperkenalkan model taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) dan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) yang berteknologi tinggi dengan integrasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) digital, kemudahan infrastruktur pintar serta tadbir urus efisien.

Malah, beliau berkata, Program PeliTa@KEMAS bertujuan melahirkan generasi Huffaz Cilik dalam lingkungan umur tujuh hingga 12 tahun yang bukan saja menghafaz Juzuk Amma, iaitu juzuk terakhir atau ke-30 dalam al-Quran, tetapi juga melalui silibus pengajian al-Quran yang sistematik dan berperingkat.

Ahmad Zahid berkata, TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS pula memberi peluang pendidikan awal bersesuaian kepada kanak-kanak berkeperluan khas, khususnya yang mengalami autisme, supaya mereka juga dapat menikmati pendidikan yang adil dan menyeluruh.

“Melalui KEMAS, saya juga telah minta diberi santunan kasih kepada TASKA dan TADIKA KEMAS serta Pusat Komuniti Desa.

“Mana-mana TADIKA atau TASKA KEMAS yang sangat daif, terutama di Sabah, dinaik taraf segera supaya dapat digunakan dengan selesa oleh anak-anak kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, KKDW melalui KEMAS telah memperuntukkan sebanyak RM1.06 juta bagi program pembangunan komuniti dan keusahawanan, serta RM1.27 juta lagi untuk pendidikan kemahiran yang memberi manfaat secara terus kepada penduduk Sabah.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=969421036&pi=t.aa~a.1654364369~i.32~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1747504560&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1397217%2Fkkdw-peruntuk-rm111-bilion-bagi-pembangunan-luar-bandar-sabah-tahun&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1747504586612&bpp=2&bdt=1489&idt=2&shv=r20250514&mjsv=m202505130101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D52319e92728e5ff9%3AT%3D1747504586%3ART%3D1747504586%3AS%3DALNI_MYbe5ls170ksYXLkiXImFIuxef6CA&gpic=UID%3D000010c5c8f21a64%3AT%3D1747504586%3ART%3D1747504586%3AS%3DALNI_MaR1YF6IzC5EPh321VrPaXfciC51Q&eo_id_str=ID%3D6cd58aaddd3e57a6%3AT%3D1747504586%3ART%3D1747504586%3AS%3DAA-AfjYyN8LFr-xDyE-1dCq5_DnF&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=4580961570722&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=2646&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31092194%2C31092426%2C31092462%2C42532523%2C95353387%2C42533293%2C95344788%2C95360960%2C95360295&oid=2&pvsid=639702013755084&tmod=369319710&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=7&uci=a!7&btvi=1&fsb=1&dtd=4

Beliau memaklumkan dalam memacu pertumbuhan ekonomi luar bandar, KKDW turut memperkukuhkan program pemerkasaan ekonomi seperti Program Mini Estet Sejahtera, Program Desa Harapan dan Usahawan Desa MADANI, serta memperluaskan capaian Pusat Ekonomi Digital ke seluruh kawasan berkenaan di Sabah.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kerja-kerja penambahbaikan lif dan tambahan RM500,000 lagi bagi sistem tangki air demi keselesaan serta keselamatan penduduk setempat di Projek Perumahan Rakyat Seri Keramat, di sini.-BH Online