Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KIMANIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedar kekurangan bekalan RON97 di pantai barat selatan Sabah mungkin menjejaskan kunjungan pelancong Brunei. 

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya menerima aduan kesukaran pelancong berkenaan berikutan hanya ada 37 daripada keseluruhan 260 stesen minyak di Sabah yang menjual RON97. 

“Masalah utama dihadapi oleh pelawat dari Brunei kerana dasar semasa kerajaan menetapkan kenderaan asing hanya dibenarkan mengisi petrol RON97, tanpa subsidi pada harga pasaran. 

“Menurut rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebanyak 156,000 kenderaan dengan pendaftaran Brunei telah memasuki Malaysia bagi tempoh tahun 2023 hingga 2024,” katanya selepas program Sesi Turun Padang dan Pelancaran Produk RON97 bertempat Stesen Petronas, AJ Petromart Sdn Bhd, hari ini.

Susulan itu, Armizan berkata beliau antara beberapa langkah yang dirangka oleh pihaknya adalah memutuskan pendekatan dengan melaksanakan ujian perintis untuk menyediakan petrol RON97 di stesen Petronas Kimanis selepas perbincangan dengan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB). 

“Stesen ini didapati lokasi sesuai untuk menyokong laluan Bandar Seri Begawan ke Kota Kinabalu, dengan mengambil kira faktor jarak pemanduan 205 kilometer dari Bandar Seri Begawan serta kedudukannya yang strategik di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya.-BH Online