KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat pengumuman berita baik untuk semua mangsa letupan paip gas di Putra Heights, Subang minggu ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, perkara itu akan diumumkan beliau bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.
“(Berkenaan) bencana kebakaran (paip gas di) Putra Heights, di mana minggu ini kerajaan MADANI, saya bersama Menteri Besar Selangor (Amiruddin) akan membuat pengumuman yang membawa berita baik, ‘unpreecedented recovery plan’ (pelan pemulihan yang belum pernah diumumkan) untuk mangsa kebakaran di sana.
“Kita akan buat pengumuman pada minggu ini juga. Saya harap rakyat sabar.. sedikit masa saja lagi, nantikan berita baik yang akan disampaikan nanti,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia Madani dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, Kuala Lumpur hari ini.
Majlis pecah tanah itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-BH Online