Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SUBANG JAYA: Hasil penilaian pihak berkuasa di kawasan sekitar insiden letupan paip gas di Putra Heights mendapati sebanyak 219 daripada 439 rumah diklasifikasikan terjejas manakala bakinya 220 unit lagi sebagai selamat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata ia berdasarkan penilaian yang terperinci kali kedua dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merangkumi radius kawasan seluas 325 meter (m) berbanding 280 m sebelum ini.

“Daripada jumlah 219 unit rumah, 87 unit mengalami kerosakan melebihi 20 peratus iaitu kerosakan besar dan 132 rumah mengalami kerosakan kecil kurang dari 20 peratus. 

“Rumah yang mengalami kerosakan di bawah 20 peratus dibenarkan dibaiki oleh penghuni atau tuan rumah mulai hari ini. Senarai rumah tersebut akan diedarkan dan dimaklumkan kepada tuan rumah.

“Sehingga sekarang sebanyak 130 rumah boleh diduduki semula manakala 45 rumah telah pindah. Pada hari ini, sebanyak 24 rumah di Kampung Kuala Sungai Baru. Jadi, jumlah rumah yang boleh diduduki adalah 154 rumah,” katanya pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Putra Heigths, di sini hari ini.

Selasa lalu, Satu kebakaran besar tercetus pagi ini susulan letupan saluran paip gas bawah tanah yang terletak berdekatan laluan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menuju ke Putra Heights.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kebakaran itu membabitkan saluran paip gas LPG yang terletak di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.

Kesan kebakaran itu juga menyebabkan bahang panas dirasai kediaman penduduk yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.-BH Online