Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada 8.15 pagi diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Jemaah Menteri.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Solat sunat Aidilfitri berkenaan diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah.

Ini kali pertama Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, pada 20 Julai tahun lalu.

Khutbah Aidilfitri bertajuk ‘Berdamai dalam Dakapan Syawal’ dibacakan Luqman antaranya menyeru umat Islam memanfaatkan keberkatan Aidilfitri untuk memperbaiki hubungan persaudaraan sesama anggota masyarakat.

Aidilfitri juga peluang terbaik memperbaiki hubungan sesama keluarga dan umat Islam, selain perlu dijadikan medan untuk meneruskan nilai mulia dalam kehidupan seharian serta memudayakan sifat berlapang dada dan saling bermaafan.

Kata Luqman, hakikat hari ini memperlihatkan perpecahan dalam kalangan umat Islam akibat perbezaan fahaman, politik, dan kepentingan peribadi.

“Sedarlah, perbalahan hanya melemahkan kita dan memberi peluang kepada musuh Islam untuk mengambil kesempatan. 

“Syawal ini seharusnya menjadi titik tolak kepada usaha memperkukuh ukhuwah Islamiah dan mengerat hubungan mungkin sudah terputus. Dalam semangat Syawal, kita harus mencontohi akhlak Rasulullah SAW menangani perselisihan.

“Baginda sentiasa mengutamakan dialog, berlapang dada dan bersikap pemaaf dalam menyelesaikan konflik. Sikap ini bukan sahaja menjernihkan hubungan, tetapi menguatkan kesatuan ummah.

“Inilah asas masyarakat madani yang berdiri atas sikap hormat dan ihsan, dilatih melalui tarbiyah Ramadan. Justeru, marilah kita semua menjernihkan hati untuk saling memaafkan, saling berdamai dan menjaga antara satu sama lain,” katanya.

Seusai solat sunat itu, Baginda berkenan bersalaman dengan jemaah daripada pelbagai latar belakang yang hadir ke masjid berkenaan.

“Sedarlah, perbalahan hanya melemahkan kita dan memberi peluang kepada musuh Islam untuk mengambil kesempatan. 

“Syawal ini seharusnya menjadi titik tolak kepada usaha memperkukuh ukhuwah Islamiah dan mengerat hubungan mungkin sudah terputus. Dalam semangat Syawal, kita harus mencontohi akhlak Rasulullah SAW menangani perselisihan.

“Baginda sentiasa mengutamakan dialog, berlapang dada dan bersikap pemaaf dalam menyelesaikan konflik. Sikap ini bukan sahaja menjernihkan hubungan, tetapi menguatkan kesatuan ummah.

“Inilah asas masyarakat madani yang berdiri atas sikap hormat dan ihsan, dilatih melalui tarbiyah Ramadan. Justeru, marilah kita semua menjernihkan hati untuk saling memaafkan, saling berdamai dan menjaga antara satu sama lain,” katanya.

Seusai solat sunat itu, Baginda berkenan bersalaman dengan jemaah daripada pelbagai latar belakang yang hadir ke masjid berkenaan.-BH Online