Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BANGKOK, 28 Mac- Sekurang-kurangnya tiga pekerja terkorban apabila sebuah menara setinggi 30 tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh di Bangkok selepas gempa bumi kuat pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.

Jelasnya, 81 orang terperangkap di dalam runtuhan selepas kejadian itu.

Kejadian berlaku susulan gempa bumi berukuran 7.7 magnitud yang berpusat di Myanmar.- AFP