Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat berkunjung ke Bazar Ramadan di kawasan Jalan Telawi, Bangsar di sini, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni peniaga di bazar itu dan membeli juadah berbuka puasa bersama petugas Istana Negara.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Sultan Ibrahim turut berangkat ke Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membeli-belah.

“Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong nyata mengujakan pengunjung BSC yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu.-BH Online