Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur menghadiahkan 25 tan kurma untuk rakyat Malaysia sempena Ramadan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al-Sulaim.

Menurutnya, sumbangan itu adalah sebahagian Program Iftar Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud, Penjaga Dua Tanah Suci bagi 2025.

“Program tahunan ini adalah lanjutan daripada kerja amal Penjaga Dua Tanah Suci pada bulan suci ini di mana baginda menyumbang untuk mengeratkan lagi hubungan sesama saudara Islam di seluruh dunia.”

Mesaad berkata, sumbangan itu bukan sekadar pemberian material tetapi adalah mesej solidariti daripada Kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia.

Sementara itu majlis turut dihadiri Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri Anggota Majma’ Fuqaha’ Shariah Amerika Syarikat, Dr Muhamad Razak Idris Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr Miszairi Sitiris Timbalan Mufti Selangor.-BH Online