Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau memberi kebebasan sepenuhnya kepada pihak berkuasa melaksanakan tugas mereka dengan berkesan, termasuk dalam membasmi jenayah rasuah.

Perdana Menteri menafikan beliau berdendam dan sengaja mencari kesalahan supaya sesuatu kes itu disiasat, sebaliknya mahu memastikan amalan yang melanggar tatakelola dihentikan.

“Ada orang kata saya dendam, cari salah. Tak, tak benar. Saya hanya beri kebebasan betul-betul. Saya beritahu Jemaah Menteri, kita tidak campur.

“Kita beri kebebasan kepada polis menjalankan kerja mereka dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan tugasnya, kutip cukai, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) geledah supaya menghentikan amalan rasuah.

“Negara boleh kaya tapi kalau pimpinannya itu sibuk cari kakayaan untuk diri, bila nak jaga rakyat? Bila ada keterlanjuran, guna kuasa sampai kaya raya, ratus-ratus juta simpan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Alamanda Berwajah Baharu di sini, hari ini.-BH Online