SHAH ALAM: Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baharu, berkuat kuasa esok.
Pelantikan Pegawai Kewangan Negeri Selangor itu diumumkan menerusi kenyataan ringkas Pejabat SUK Negeri Selangor menerusi akaun Facebook rasminya, semalam.
Ahmad Fadzli menggantikan Datuk Haris Kasim yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Januari lalu.
“Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin diatas perlantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu,” katanya.
Sebelum menyandang jawatan baharu itu, Ahmad Fadzli pernah bertugas di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebagai ketua Kluster Pembangunan Pengurusan dan Inovasi.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (kini Majlis Bandaraya Diraja Klang) pada April 2020 sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri pada Disember 2021.-BH Online