KUALA LUMPUR, 31 Januari – Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (ATM) ke-23 yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Nizam Jaffar, bekas Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM menggantikan Panglima ATM ke-22, Jeneral Tan Seri Mohammad Ab Rahman yang memegang jawatan itu sejak September 2023.
Beliau yang merupakan graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Nottingham itu memulakan kerjaya ketenteraan sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja
Selain dilantik menjadi Juruiring kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas kewibawaan dan dedikasi beliau dalam perkhidmatan angkatan tentera.
Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera (ATM) Ke-23 itu disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Khaled Nordin di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan.
Terdahulu, Khaled menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Panglima ATM selain menyaksikan acara Serah Terima Tugas Panglima ATM Ke-23, itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Ali serta barisan tetamu kehormat yang lain.
Majlis diakhiri dengan acara Perbarisan Penghargaan Angkatan Tentera Malaysia atau Street Lining dan Acara ‘Send Off’ sebagai penghargaan tertinggi di atas jasa serta sumbangan Panglima ATM ke-22.-Berita RTM