Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat negara ini untuk menumpukan perhatian kepada kemajuan dan kepentingan negara serta tidak memfokuskan perkara yang boleh memecahbelahkan perpaduan.
Beliau berkata, Malaysia juga harus menjadi negara contoh perpaduan kaum yang baik.
“Negara ini mempunyai potensi yang baik, tak payah umpamanya menimbulkan pergaduhan, (tetapi) angkat martabat semua (kaum),” kata beliau ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di Ipoh, Perak hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Yang Dipertua PCCCI Datuk Liew Chee Meng.-BH Online