Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BINTULU, 30 Januari- Penduduk terjejas banjir diingatkan supaya akur dan mematuhi arahan pasukan penyelamat.

Malah, Kerajaan Persekutuan komited memastikan semua penduduk terjejas banjir menerima bantuan secukupnya, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Saya menasihatkan semua penduduk terjejas banjir supaya mematuhi arahan pasukan penyelamat bagi memastikan keselamatan dan nyawa terpelihara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau PPS Dewan Suarah, Bintulu yang kini menempatkan 658 penduduk terjejas membabitkan 174 keluarga.

Datuk Seri Fadillah turut menyeru kerjasama erat antara agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memastikan kebajikan penduduk terjejas banjir terjaga serta proses pemindahan berjalan lancar.

Beliau menekankan bahawa tiada seorang pun penduduk terjejas banjir akan tercicir daripada menerima bantuan dalam situasi kecemasan.-Berita RTM